Graduation Day

by - Sunday, January 20, 2019

Assalamualaikum semua 😊

Alhamdulillah, congrats to myself ! 
Setelah habiskan 5 tahun ( 1 tahun foundation & 4 tahun degree ) dalam bidang engineering, finally I've graduated in Bachelor of Engineering Technology (HONS) in Electronics from UniKL British Malaysian Institute on October 2018.

Convocation aku diadakan di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada hari pertama dan sesi pagi. Memandangkan convocation UniKL cuma diadakan setahun sekali, semua graduan dari semua branch UniKL graduate serentak. Suasana memang sangat meriah, havoc, ada persembahan dari UniKL Voice dan persembahan artis yang berlainan pada setiap sesi. Artis jemputan untuk sesi aku ialah Kaer dan Amylea dengan lagu Izinkan Ku Pergi dan Tak Pernah Hilang. Korang boleh layan suasana dalam hall tu dengan tekan link kat bawah :

We Are UniKL by UniKL Voice ]
Layar Impian & Seribu Impian by UniKL Voice ]
Izinkan Ku Pergi & Tak Pernah Hilang by Kaer dan Amylea ]


Dengan berusia 23 tahun, aku telah banggakan family aku terutama umi, abah and mak (opah) yang banyak bagi kata-kata semangat, doa tak putus-putus hinggalah aku berjaya sampai ke hari ini. Sebagai anak sulung dan cucu sulung, aku haruslah jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik aku dan sepupu aku yang jauh lagi perjalanan yang mereka akan tempoh nanti.

Dengan berusia 23 tahun jugak pada bulan Julai 2018, aku sudah memegang jawatan Electrical Engineer kat company swasta di Damansara even time tu aku baru 2 minggu habis internship programme and belum lagi graduate. Yes, rezeki tak pernah salah alamat. Dengan nasihat umi abah, aku kena terima kenyataan yang aku perlu berjauhan lagi dengan family even aku since form 1 dah tinggal di asrama penuh, SM Sains Sultan Mahmud then sambung foundation di Kedah and masuk degree di Kuala Lumpur. Demi masa depan dan banyak perkara yang aku nak achieve, aku kena berkorban masa dan keselesaan aku and say hi to adult life 💪
#WhereJodohIsApplied 😝 Aamiin!
Life engineering aku tak lengkap tanpa sorang insan special bernama Khairil Ikram Azim. Kami sama-sama habiskan Foundation in Science and Technology kat Kedah dulu. Hajatnya nak sambung degree kat UniKL Mitec, Johor tetapi taknak berjauhan dengan aku, dia ikut aku sambung degree kat UniKL BMI, Kuala Lumpur in Electrical course even dia tak minat langsung. Thank you awak sudi ada untuk saya hingga ke hari ini 💖 Dia laa yang banyak ceriakan hari-hari aku, yang jaga aku ke mana sahaja aku pergi dan yang penting, selalu signkan attendance bila aku malas pergi kelas 😝

We celebrate our day at Dip n Dip IOI City Mall together
Okay, sebelum aku end cerita kalini, aku nak up sikit gambar pre-convo kiteorang kat
Genting Highland haritu. Nasib ada camera sendiri, tak perlu nak upah photographer lain 😂
Thanks to Ariep and Chong sudi join photoshoot kalini. Okaylah, byee guys.
See you at next story 😘✌















Ariep, Khairil, Chong


#UniKLConvo2018  #UniKLnProud  #WeAreUniKL

You May Also Like

0 comments