Jalan-jalan di HCM City, Vietnam
Penat duduk dalam bas selama 14jam semalam tu menyebabkan kami bertiga bangun agak lewat pada hari itu dan terlepas breakfast yang pihak hostel sediakan. Nak tahu hostel apa yang kami stay kat HCM, boleh klik link ini [Perjalanan ke HCM dari Siem Reap]
Lepas siap uruskan diri dan packing barang, kami terus check out kat lobby hostel kerana malam tu kami akan ke Mui Ne pada pukul 10 malam. Yang paling best hostel ni ialah tersedianya dapur untuk kegunaan para pelancong, terdapat ruang untuk tinggalkan bagpack dan barang-barang serta disediakan shower untuk diguna walaupun sudah check out.
Selepas kami selesai makan makanan yang kami sendiri sediakan, kami terus jalan-jalan di
area HCM City. Tempat pertama yang kami pergi ialah Ben Thanh Market yang terletak betul-betul bertentangan dengan Malaysian Street yang kami dah pergi semalam. Memang banyak baju, kain pasang, sulaman yang lawa-lawa, bag, serbuk coffee, inspired duckscarves pun banyak hmm. Tapi ada satu perkara yang berlaku kat sini, kami kena TIPU! Huaa, kami memang nak beli t-shirt Hard Rock Cafe Vietnam dan jumpalah kat satu kedai ni. Dia jual RM60 satu, tapi lepas tawar menawar, dia kasi separuh harga, means RM30 satu. So kami pun beli lah 2 helai. Penat tawaf dalam
Ben Thanh Market tu, kami ingat nak pergi beli coffee yang jual naiki motor tu, tetiba jumpa satu kedai kat Malaysian Street tu jual t-shirt Hard Rock yang sama design, sama material, dan banyak lagi pilihan warna tapi jual dengan harga RM 7 SEHELAI. Kau rasa ??! 😞 Kami pun apa lagi, geram kena tipu so kami terus beli 7 helai. Beli banyak takpe, asal harga berbaloi.
Pintu masuk Ben Thanh Market |
Coffee again, RM3 |
Lepas sejukkan hati dengan coffee ais, kami pun berjalan kaki pergi ke Saigon Square Mall. Mall ni agak besar dan jenama yang dijual kat situ kebanyakkannya takde kat Malaysia. Handbag Guess pun boleh dapat aroud RM400 je 😂💲 Then, kami ke Ho Chi Minh City Hall berpandukan google maps. Dalam 10 minit je nak sampai ke sana dari mall tu. Ho Chi Minh City Hall ni dekat je dengan
Ho Chi Minh City Museum tapi kalau nak masuk ke meseum tu dikenakan bayaran sebanyak
15 000 dong seorang. Kat depan Ho Chi Minh City Hall tu ada satu taman yang ada usul sejarah tersendiri iaitu Memorial Park dan kawasan taman tu memang banyak burung merpati,
so lawa sangat kalau bergambar kat situ.
Kami juga berkesempatan ke Hard Rock Cafe Vietnam dan melawat Saigon Central Post Office yang merupakan tempat wajib yang perlu dilawati sekiranya datang ke HCM kerana reka bentuknya dibina dari pengaruh Gothic, Renaissance dan Perancis. Menurut info, bangunan ini dibina apabila Vietnam menjadi sebahagian daripada Indochina Perancis pada akhir abad ke-19 dan masih beroperasi hingga sekarang dan merupakan pejabat pos yang paling terbesar di HCM City.
Saigon Central Post Office |
Sudah lewat petang, kami ke Malaysian Street untuk makan malam. Sepanjang perjalanan
nak sampai ke Restaurant Hajjah Basiroh sejauh 3km tu, banyak kedai souviner yang
comel-comel kat sepanjang jalan yang kami sempat tengok dari luar je.
370 000 dong / RM 69 |
50 000 dong untuk satu paket |
Sebab aku dah jatuh cinta dengan rasa coffee yang jual menaiki motor tu, terus aku beli serbuk coffee untuk dibawa balik ke Malaysia. Seterusnya, kami pulang ke hostel untuk bersihkan diri dan ambil barang sebelum pergi ke Tam Hanh Travel. Bas ke Mui Ne akan bergerak dari HCM pukul 10 malam dan kami tiba di tempat dimana kami beli tiket bas tu pada pukul 945malam. Kalini bas yang kami naik tu adalah sleeping bus, disediakan selimut, satu air mineral setiap orang dan satu plastik untuk letakkan selipar/kasut untuk menjaga kebersihan bas itu. Sebelum kami menaikki bas tu, pihak bas akan meminta nama hotel yang kami akan stay di Mui Ne kerana dia akan drop
setiap penumpang di hotel yang mereka sudah book.
Sleeping bus ke Mui Ne |
Klik [ Jalan-jalan di Mui Ne 2017 ] untuk ketahui lebih lanjut mengenai hotel, makanan halal dan aktiviti sepanjang stay di Mui Ne, Vietnam. ✌😏
1 comments
Assalamwalaikum. Sila call saya kalau anda nak datang vacation ke ho chi minh city
ReplyDeleteKita ada Tour, jual tudung, baju kurung, slipper and kasut.
Nombor whatsapp: +841267673624. Terimakasih.