Day 5 in Seoul (Gyeongbokgung Palace, Bukchon Hanok Village, Kwanjang Market)

by - Sunday, September 23, 2018

Kalau korang bacaDay 1 in Seoul ], aku ada mention pasal tiket flight untuk balik ke Malaysia tak boleh nak check in online. So semalam before aku tidur, aku dh check and dah boleh nak check in online. So apa lagi, aku pun check in online and dah takde nak risau pape dah. Maybe kena check in dalam tempoh 24 jam kot. Cuma boarding pass tu je kitorg perlu print kat airport nanti. So pagi tu kami breakfast dulu before check out. Dekat hostel kami ada sembang dengan dua perempuan Korea yang datang dari Busan. Katanya mereka nak datang Malaysia bulan Disember nanti. Namanya Serra and Lily. So kami pun bergambar sekali before berpisah.

Bye Itaewon ! 👋
Actually 5 hari datang ke Korea tak sempat nak explore habis. Ikutkan plan, kami nak ke Seoul Central Mosque and singgah beberapa cafe halal kat area Itaewon, tapi tak sempat. Thats why aku ingat nak repeat ke Seoul, ada yang nak ikut tak?? Boleh komen kat bawah or inform me thru instagram okay. So kami terus ke Gyeongbokgung Palace. Sebelum tu, kami singgah Seoul Station untuk sewa loker. Kami ambik loker yang paling besar dan harganya KRW 12,000 untuk 6 jam.
Untuk ke Gyeongbokgung Palace, korang just naik train ke Gyeongbokgung Palace Station 
then Exit 5. Korang kena rancang elok-elok itinerary korang tau kalau nak pergi sini, sebab palace ni bukak setiap hari kecuali hari Selasa, 9am hingga 6pm. Guard Ceremony pulak ada 3 kali dalam sehari iaitu pukul 10am, 1pm dan 3pm.


Lepas kami pusing-pusing area palace ni, kami jalan kaki ke Bukchon Hanok Village based on waze. Fuhh seriously jauh, better korang naik train ke Angguk Station Exit 3 (satu station je dari Gyeongbokgung Palace Station) then jalan straight je. Kami rent hanbok kat area Bukchon Hanok Village tu sebab area sana tak ramai orang yang boleh photobomb gambar. Tapi ada je banyak rumah kedai yang buat service rent hanbok ni area Gyeongbokgung Palace kalau korang nak bergambar kat area palace tu. Range harga untuk satu set hanbok ialah bawah KRW 20,000 untuk satu pasang.

Hanbok : KRW 12,000 for each

Next, kami ke Kwanjang Market untuk cari sutera korea. Nak ke market ni, kami ambil train ke Jongno 5-ga Station. Agak susah nak cari kedai kain yang elok kat market ni sebab market ni banyak gerai makanan dan kedai kain pulak banyak kat area belakang market, kami jumpa kedai kain pun dengan bantuan orang Korea sana. Memang banyak kain yang boleh borong kat Kwanjang Market ni, tapi tekstil pulak yang tak berkenan. So kami tak jadi nak beli. Pastu, kami patah balik ke Namdaemun Market dan Myeongdong untuk beli lagi souvenir untuk bawa balik ke Malaysia.
Nak tahu macam mana nak ke sana dengan naik public transport, boleh baca kat Day 2 in Seoul.

Banana milk = KRW 1300, Tteaobokki = KRW 1000
Sebenarnya kami nak ke Ewha Women University, tapi dah tak sempat. So kami terus ke Seoul Station untuk ambik barang-barang yang kami tinggal kat loker then terus ambik train ke Airport Terminal 1. Kami naik train AREX yang ambil masa 1 jam jugak dari Seoul City. Kami tiba di airport around pukul 9.30pm dan flight kami balik ke Malaysia pukul 11.20pm. Kami cari kiosk kecik Airasia untuk print boarding pass, tapi takde. Pelik laa negara dah maju tapi kenapa tak sediakan kiosk self print tu? So kami ke kaunter Airasia. Guess what guys? Kaunter check in untuk ke Kuala Lumpur baru je tutup 20 minit! 😰

Terkejut weh. Sedangkan aku dah check in online and just nak print boarding pass je, diorg still berkeras taknak lepaskan kiteorg masuk boarding. Kami dah siap merayu kat manager Airasia sana, and dia sarankan untuk kami beli tiket baru 😭💸 So kami terpaksa beli tiket baru untuk balik ke Malaysia tercinta. Harga tiket baru tu 2 kali ganda mahal dari harga tiket return kami beli haritu. Nasib baik aku ada aktifkan kad atm international time tu, sebab Elija tak spare duit lebih and terpaksa boyfriend dia yang ada kat Malaysia transfer duit ke akaun aku. Then, kami kuarkan duit kat atm airport dan dikenakan charge KRW 3600 untuk sekali pengeluaran. Kami surrender kat airport malam tu sebab flight kami balik ke Malaysia pukul 9am pagi keesokkan tu. Time tu tak pikir pape dah, kami cuma nak sampai kat Malaysia secepat mungkin dengan selamat.

Finally, lepas 7jam terapung-apung di awangan, kami selamat jejak kaki di negara tanah tumpahnya darahku ghitu. 7jam rasa macam sekejap, cukup makan sekali dan tidur, sedar-sedar dah sampai. Akhirnya, trip ke Korea diakhiri dengan satu tragedi yang tak disangka-sangka. Sokay, jadikan satu pengalaman dan juga pengingatan untuk diri sendiri, kawan-kawan dan semua yang sudi baca blog aku ni. Sekian.

You May Also Like

0 comments