Jalan-jalan di Mui Ne, Vietnam

by - Thursday, September 21, 2017

Kami sampai di Mui Ne dalam pukul 3 pagi. Bas yang kami naiki tu berhenti betul-betul di depan resort yang kami dah inform kat driver bas. Boleh click Jalan-jalan di HCM City, Vietnam  kalau nak tahu kat mana kami beli tiket bas untuk ke Mui Ne tu. Kami stay di Mui Ne selama 3hari di
Coco Beach Resort . Sebenarnya check in pada 12 tengahari keesokkan tu, tetapi sebab sampai sana pada waktu malam, kami terpaksa bayar lebih untuk check in awal. Resort ni sangat recommend sebab betul-betul tepi pantai, ada swimming pool, free breakfast dan dekat dengan restaurant halal. Harga untuk satu malam pun agak mahal, boleh click link kat atas kalau nak tahu mengenai resort nih. 








Pagi keesokkan selepas breakfast di ruang makan, kami ke reception untuk meminta jeep tour ke fairy stream, red sand dunes, white sand dunes dan fisherman village. Selepas tawar menawar, kami dapat 5 USD sorang untuk ke 4 tempat tu. Pakej ni terdapat 2 sesi iaitu sesi pagi yang mula pada pukul 5pagi hingga 10 pagi dan sesi petang yang mula pukul 1 petang hingga 6 petang. So kami mengambil sesi petang dan secara ramai, means jeep tu akan pungut pelancong lain kat lobby hotel lain. Pakej ni juga boleh je kalau nak secara privasi tetapi harga 16 USD seorang dan satu jeep boleh muat 9 orang tak termasuk driver.

1) Fairy Stream
Kalau jalan sampai hujung akan nampak air terjun dan boleh mandi kat air terjun tu, tapi kami hanya jalan sampai separuh je then patah balik ke jeep. 😂






Dragon fruit juice ; 15 000 VND

2) Fisherman Village
Nak datang sini better pergi waktu pagi sebab tak banyak boat nelayan pada waktu petang

Haa ni tour guide kami
Pelancong dari Korea yang naik jeep sekali dengan kami


Time ni suasana macam nak hujan tapi tak hujan pun.
3) White Sand Dunes
Perjalanan nak sampai ke White Sand Dunes ni lebih kurang 40 minit tapi journey situ memang lawa sebab lalu kat tebing dan bawah tu ada laut, so cantik! Bila dah sampai white sand dunes ni pun, seriously cantik dan besar sangat. Penat jalan nak sampai kat area tengah-tengah dunes tu. Kat situ ada sediakan untuk sewa ATV, samada nak drive sendiri ataupun nak guide yang drive bawa ke puncak dunes tu.


sewa ATV 400 000 VND untuk satu ATV


KL duck in Ash Blue 


4) Red Sand Dunes
Red sand dunes ni lebih kurang je dengan white sand dunes tapi pasirnya seperti warna oren dan dunes dia tak sebesar white sand dunes.  Sebab ni tempat terakhir dan sudah waktu petang, kami dah penat untuk explore area situ. 😂 so tak banyak gambar yang kami snap kat area situ. Lagi satu, ramai sangat pelancong yang pergi situ pada waktu petang.

Cuaca pun dah nak gelap




Selesainya jeep tour ni, driver hantar kami semua pulang ke resort masing-masing. Tanpa membuang masa, kami terus ke Mughal Indian Restaurant, satu-satunya restaurant halal di Mui Ne. 
Just jalan kaki around 5 minit je dari resort. 


Tea O ais, seafood sup, ayam butter tapi rasa macam kari ayam
Tambah pulak naan cheese, so total 310 000 VND/ RM 58



Manggo juice, 15 000 VND
Kat tepi-tepi jalan tu banyak je kedai runcit kalau nak beli makanan ringan,souvenir dan kedai pakaian renang. Kat situ pun meriah pada waktu malam sebab ada bar dan live band. Then kami balik ke resort dan rehat. Untuk aktiviti keesokkan pula, boleh klik link ini yer
[ Mui Ne, syurga makanan laut ]

You May Also Like

1 comments

  1. Jom ke HCM – Dalat – Mui Ne 2020!!!!!! Hanya RM1500/pax termasuk flight + transport + hotel + meal + entrance fee + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking. Promosi tamat pada 31/12/19. Untuk full itinerary boleh ws 018-9581995 atau email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete