Solemnization & Reception Izzatty + Ikram, 1/9/19
Assalamualaikum.
Hari ni genap 11 hari sudah diriku bergelar seorang isteri setelah 6 tahun 1 bulan bercinta hehe.
Masih dalam mood tak percaya. Eh dah jadi isteri orang ? Eh dah ada suami ? Eh eh eh. Haha 😆
Alhamdulillah everything going well.
Syukur sangat sangat semua berjalan lancar seperti yang dirancang.
Cuaca pada hari kejadian pun sangat okay, panas je takde hujan.
Tak banyak pun nak cerita. Nak upload gambar je untuk kenang kenangan.
Boleh tak? 😝
_____________________________________________
Tarikh : 1/9/19 (1 Muharram 1441)
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Homestay
With my beautiful bridemaids
_________________________________________________________________
Tarikh : 1/9/19 (1 Muharram 1441)
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Masjid Kg Kubang Parit, Kuala Terengganu
Rombongan pihak pengantin lelaki
Muka je senyum, tapi dalam hati OMG! Nervous teruk
Alhamdulillah. 9.12 pagi pada 1 September 2019, dengan sekali lafaz,
kami sah bergelar suami isteri 💗
__________________________________________________
Tarikh : 1/9/19 (1 Muharram 1441)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Ghurfah Marwah,
Taman Tamadun Islam (TTI),
Kuala Terengganu
Reception Izzatty + Ikram berlangsung pada hari yang sama. Selesai je akad nikah pada pukul 9.30 pagi tu, pengantin terus bergegas salin baju untuk reception kat dewan pula.
Thank you Nani & Deruh sudi jadi MC 😘
Disebabkan baju masa tunang haritu dah ikut my husband's fav colour, so untuk reception kalini haruslah follow my fav colour pulak. Haha, nasib dia okay je. So tema kalini is more white with some purplish and a little bit lavender.
Some of Igersganu crew ✌
_______________________________________
Outdoor photoshoot
Kami decide nak outdoor kat pantai. Maklumlah pantai-pantai kat Ganu kan lawa. Actually kami dah penat duk senyum dari pagi, dengan songket ni tebal, berat, kaki pun dah sakit duk pakai heels. That's why outdoor shoot tak banyak, just ambik syarat je. Haha.
So apa lagi, shoot shoot and here the result
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Selesai kedua dua majlis dengan sempurna.
Doakan semoga ikatan perkahwinan Izzatty & Ikram diberkati, sentiasa dalam keredhaan-Nya, dikurniakan anak anak yang soleh dan solehah & berbahagia hingga ke syurga-Nya. Amin
Ops, still ada lagi satu entry pasal wedding tau, Majlis Kesyukuran Sambut Menantu.
Nanti I update okay. 😘
Nanti I update okay. 😘
________________________________________________
Solemnization attire : tehfirdaus
Scarves : Shawl theduckgroup
MUA : eqienyusof
Cake : umabakes
Dais : sandrawedding
Henna : ainnbeauty_henna
Bride's shoes : cipelashoes
Groom's shoes : hushpuppies
Photographer : syamilruslan
Hand bouquet : meliaflorist_gift
Hantaran : (facebook) Mieya Hantaran
My family's outfit : queqollection
Bridesmaid's outfit : byhisdaisy
Dulang boy's outfit : bought from Bandung, Indonesia
0 comments