My 1st Trimester Journey

by - Sunday, March 08, 2020



Assalamualaikum, and Happy 2020. 
Seperti yang sedia maklum, mesti korang dah tahu yang I dah pregnant. Alhamdulillah.
Husband & I tengah expecting sekarang ni! Sekarang dah 23 weeks which is 5 months already.

So here, I nak cerita pengalaman sepanjang 1st Trimester.

We found out that we're going to be mummy and daddy in early November last year, and this be a best gift to my husband because that month is his birthday month. Tapi itu laa, lupa nak record his reaction when he saw the pregnancy test. Sokay, nevermind.





Actually 1st trimester has been tough for me as this my first experience.

Selera makan 95% out. Bukan setakat bila nak makan je rasa loya tapi bila tengok member-member post makanan kat ig story pun boleh rasa nak muntah. Haha. Kalau kat kedai makan, memang I mintak husband tapau kan je makanan sebab I takleh bau asap makanan. Tetiba deria bau I jadi sensitif sangat 😂 Yang hanya boleh masuk tekak time ni hanya lah biskut, roti, aiskrim and milo sejuk and milo tu memang wajib restock dalam fridge until now.

Malas tu tak payah cerita la, menjadi jadi. Bukan malas apa, badan jadi tak larat. Mintak baring je. Segala house chores husband yang buat. Yang paling teruk, almost 3 months dapur tak berasap haha 😂 

Mengidam? Ada laa sikit, tapi bila dah dapat makanan yang mengidam tu hanya boleh makan 3/4 suap je. Lagi-lagi bila gusi asyik bengkak je during pregnancy ni. Then suruh husband habiskan. Dan Alhamdulillah tak ada alahan atau mengidam benda pelik setakat 1st trimester. Yang paling best, tak ada morning sickness.

1st trimester I memang cepat penat kalau berdiri lama and walk for hours. Kalau pergi shopping mall pun, every 15 minutes mesti nak duduk. I though my sandal not comfortable anymore, so pergi laa Skechers to buy another one. My criteria for the new sandal is easy to put on (nak sarung je), supportive, tak sakit kaki (cushion lebih sikit), and more comfortable. But you know what, biasanya kalau kasut selesa ni, confirm design mesti out.



Finally I bought Skechers On-The-Go, 
the limited edition because the plain design macam selipar jepun 🤦🏻‍♀ Walaupun harga dia sama harga dengan kasut, sokay I sangat berpuas hati sebab tak sakit kaki langsung bila jalan lama-lama. Even pergi kerja pun I pakai je this sandal because hello, I nak selesa. #PregnancyProblems

Perubahan fizikal pulak, kulit I mostly dry, mungkin sebab perubahan hormon. So facial mask sangat membantu that time and I apply 3/4 times every week and getting a facial once a month. During 1st trimester, I still can fit my daily outfit sebab perut time tu just nampak macam buncit je haha. Sekarang? Kalau boleh tiap minggu nak pergi shopping new outfit tau.

Okay, yang itu je la kot update untuk entry kalini, nanti sambung part lain pulak ye. 
Please pray a safe pregnancy journey for us ! 💗

You May Also Like

1 comments