My 3rd Trimester Journey

by - Wednesday, May 13, 2020

Assalamualaikum semua.

Direct to the point, just leave a few weeks je before my baby pop out. So haruslah prepare barang keperluan baby. As a first time mum to be, shopping barang baby buat kali pertamanya adalah
SANGAT EXCITED tau ! 

Bila kami dapat tahu pregnancy test tu positive, husband and I pantang pergi mall wajib walk in kedai barang-barang baby and survey apa yang patut dibeli for newborn. Disebabkan first trimester dah start beli keperluan baby sikit demi sikit, hasilnya macam terlebih beli pulak haha 😂 Nevermind.

1. Clothing



So barang first kitorang beli ialah baju newborn. Part ni laa yang paling excited, sebab semua cute and rambang mata nak pilih. Kitorang memang dah decide taknak beli warna biru/pink sebab nanti senang nak recycle for second baby, haa ghitu. Actually baju newborn tak  perlu beli banyak pun sebab baby cepat membesar, tapi time dah nak laundry baru perasan baju-baju baby agak banyak rupanya. Hehe

Binder atau barut baby sangatlah penting untuk elak baby kembung perut. For newborn, Zatty beli brand Pureen and for 3-6 months, Zatty beli kat baby store. Btw, binder zaman sekarang semua colourful tau, dah jarang jumpa yang white plain macam dulu.   

Swaddle atau kain bedung baby punya la comel comel. Geram je tengok. Zatty prefer beli kat baby store compare to Shopee, sebab Zatty suka tengok material dulu before beli. Lagipun kulit baby kan sensitif, takut jugak kalau naik merah-merah nanti.

 Mitten & Booties tak perlu beli banyak pun sebab baby mostly pakai mitten & booties tu dalam 2-3 minggu je. So, Zatty just prepare a few socks,  kalau tak cukup nanti beli lagi lepas dah habis pantang ye.

Blanket & Towel, yang ni ramai mommies terlepas pandang. Actually blanket penting tau lagi-lagi bila baby tidur dalam bilik yang ada aircond sebab bedung dengan swaddle je tak cukup. A few blankets Zatty beli from Mothercare and HappikiddoTowel pulak mostly beli brand Pureen and Anakku.


2. Botol susu newborn




Masa 1st trimester lagi kitorang dah beli botol susu ni, kebetulan ada TCE Baby Expo kat Midvalley. Actually masih blur nak beli brand apa, tapi lepas buat survey mostly mommies suka beli this brand. So why not beli je dulu kan, kalau tak sesuai nanti tukar brand lain pulak.


4. Pampers newborn


For pampers, kitorang decide nak try a few brand sebab orang cakap kena try and error dengan baby kan. So kitorang beli brand Pet Pet, Fitti Gold and Offspring Natural.

Based on review, ramai mommies suka brand Pet Pet sebab selesa, tak bocor and murah. 
Pet Pet sama rating dengan Mamy Poko, Huggies and Drypers.
For Fitti Gold pulak, mostly mommies cakap even dah penuh pun tak terasa sejuk or basah. 
This brand susah sikit nak cari, mostly jual kat Aeon and Tesco.
Offspring Natural pulak, of course beli sebab design dia semua lawa. Haha


5. Baby wipes


For baby wipes, Zatty beli brand Pureen yang warna orange and Natural Organic by Happikiddo.



6. Baby cot & set tilam

Alhamdulillah, baby cot my dad yang sponsor for his first grandchild. 

Set tilam pula siap custom pattern yang nak lagi tau, special betul anak ibu ni ye


7. Baby gear


Tak semua baby gear kitorang sempat beli. Setakat ni just beli 4Moms Mamamroo baby swing chair thru online, sebab time ni musim PKP. This one is fully sponsor by my husband, thank you sayang! Since 1st trimester lagi memang dah request swing chair sebab senang ibu nak buat house chores nanti haha.

For car seat pulak, kami beli Koopers Mugofix kebetulan ada promotion kat igshop @babyyayabangi . Zatty prefer this carseat sebab span dia lembut, ada side impact protection, 360 rotatable seat and paling best ada 6 years warranty. So berbaloi dengan harga. 
Stroller pulak, nanti beli lepas pantang laa ye hehe


8. Baby bath tub


This one is quite important for first time mom, nak mandikan baby yang saiznya kecil, tulang baby pun still lembut, so agak mencabar ye. Hopefully semua smooth je nanti. 

Btw, baby bath tub kitorang just beli kat Ikea.


9. Changing mat

Ingat nak beli yang Ikea, tapi my mom kata susah nak lipat and jadi leceh sikit. So Zatty beli changing mat brand Pureen yang getah tu je. Senang nak lipat and lap bila accident haha.


10. Pregnancy Pillow

Mostly mommies prefer to buy pregnancy pillow untuk support tulang belakang and tummy during sleeping especially during 3rd trimester. Yes, me too. Zatty ada survey Dreamgenii Pregnancy Pillow kat Mothercare's outlet, and semuanya sold out. Even kat website pun out of stock. Zatty pun ada survey kat local baby store and a few ig business, tapi size pregnancy pillow diorang terlalu besar. Susah nak bawa time travel and balik kampung. Lastly, Zatty beli je Dreamgenii Feeding Pillow ataupun lebih dikenali as Donut Pillow kat Mothercare Store. At least nanti boleh guna time feeding jugak.


Alhamdulillah, sekarang Zatty dah nak masuk 8 months. Kebetulan sekarang bulan Ramadhan, ramai yang cakap ibu pregnant tak perlu berpuasa sebab kesian kat baby. Macam-macam cerita yang Zatty baca, kadang seram pulak nak puasa. So Zatty pergi check up and tanya pendapat doktor, fuh nasib baik doktor kata Zatty takde masalah untuk berpuasa, just need more rest and drink a lot water time sahur and berbuka to prevent dehydrated.

Walaupun doktor dah bagi green light, in the same time Zatty still being paranoid. So Zatty selalu check heartbeat baby using fetal heart doppler monitor. Cara ni je yang dapat menenangkan hati.



This one Zatty beli kat Shopee during 2nd Trimester of pregnancy

During check up haritu, doktor puji kulit perut tak gelap and takde stretch marks. Hehe. Actually Zatty sapu butter cream ni since 2nd trimester lagi. Depend pada kulit masing masing jugak, but Alhamdulillah this cream effective on me. So Zatty recommended korang pakai this butter cream, dah laa bau wangi and tak melekit tau. Just beli kat Watson or Guardian.




Since perut makin ke depan and makin berat, Zatty jalan dah macam penguin tau. Jalan pun dah tak selaju dulu. So untuk kurangkan rasa sakit ketika berjalan and naik tangga, Zatty pakai hips wrap plus untuk sokong perut and dapat kurangkan rasa lenguh kat bahagian pinggang. Hips wrap ni Zatty beli time Mothercare Baby Expo bulan Mac haritu.




Okay, ini je kot yang Zatty boleh share during 3rd trimester ni. Harap entry kalini dapat membantu and give some info to mommies kat luar sana, especially to first time mom to be. 

So, see you guys at next story ya!

You May Also Like

0 comments