Jungle Trekking (Day 3)
Okay sambungan dari Phi Phi island (Day 2), harini aktiviti kami adalah jungle trekking. Macam biasa, van pickup kami di lobby pada pukul 8am. Pagi tu kami terus dibawa untuk naik gajah di Krabi Safari Elephant Trekking. Kawasan tu macam pendalaman sikit, dan bau sekitar situ kurang enak. 💩 Sokay, gara-gara nak cari pengalaman naik gajah, kami hadap je tu semua. Satu gajah boleh naik maximum 2 orang je, so sorang lagi kawan kami terpaksa naik gajah dengan yang lain.
Jernih kan air dia? Sampai nampak dasar tau. |
Kalau pergi toilet kat sini, air yang keluar kat paip tu bukanlah air tawar yang biasa kita guna tetapi air panas yang disalurkan dari kolam2 air panas di situ. Untuk ke waterfall, kami perlu jalan dalam 10 minit je dari kolam air panas ni. Waterfall kat situ kecil je, tapi air sungai depan waterfall tu sejuk. Memang seronok mandi apatah lagi time tengah2 panas fuhhh! Hati-hati nak turun ke sungai tu sebab batu kat kawasan itu sangat licin dan sungai tu ada kawasan yang dalam.
Dah hampir satu jam kat situ, kami balik ke van untuk pergi ke Blue Pool. Perjalanan ke Blue Pool dari Hot Spring ni memakan masa 50 minit. Kerana penat dan lapar, kami tertidur di dalam van. Sampai je di kawasan Blue Pool, kami dihidangkan makanan untuk makan tengahari dulu sebelum meneruskan aktiviti lain. Apa yang penting, chicken curry kat restaurant ni sedap sangat. 👍
Selesai je makan, kami diberi sedikit taklimat untuk menuju ke Blue Pool. Sebelum sampai ke Blue Pool, kami akan terserempak dulu dengan Emerald Pool dan untuk sampai ke Emerald Pool, kami kena berjalan kaki masuk ke sana selama 30 minit. Fuhh jauh dan penat. Sebenarnya terdapat banyak laluan ke Emerald pool, tapi kami hanya menggunakan laluan yang tidak banyak simpang agar tak sesat. Akhirnya sampai juga di Emerald Pool yeayhhh!
Hati-hati yer ketika nak turun tu sebab batu-batu kat tepi tu banyak yang licin |
Bukan selalu datang ke sini, so kami buat keputusan untuk ke Blue Pool pulak. Kali ni kami jalan dari Emerald Pool ke Blue Pool lebih kurang 3km, dan laluan ke Blue Pool lagi mencabar. 💪 Walaupun jalan jauh dan panas terik, tetapi kami sangat berpuas hati dapat tengok crystal clear blue pool! Btw, Blue Pool ni tak boleh mandi tau kerana terlalu dalam dan ada sucking mud.
Fokus patung kat belakang tu, kelakar kan dia posing? hahaha |
Okay dah habis trip ni, kami dihantar pulang ke hostel. Penat? Ya ampun, tak terluah dengan kata2. Sampai je kat hostel, kami terus sewa scooter (200bath untuk 24jam). Kalau nak sewa scooter, tak perlu lesen pun, just tinggalkan satu passport dan scooter hanya boleh disewa minimum 24jam. So kami pusing2 laa area Aonang tu. Tetiba terjumpa satu pantai sangat lapang tapi berlumut, iaitu Noppharat Thara Beach.
Khairil & Jimie dah menjadi gelap. hahaha |
Kami juga sempat pergi ke pasar malas yang betul-betul berhadapan dengan Masjid Aonang, Semua makanan yang dijual kat pasar malam tu adalah halal dan majoriti penjual kat situ pandai bercakap Melayu. Ada juga cenderahati, beg, fridge magnet dan key-chain dijual dan jangan lupa untuk tawar menawar yer. Selepas membeli beberapa cenderahati untuk dibawa balik, kami juga membeli makanan untuk alas perut dan kami bawa makanan tersebut ke Aonang Beach untuk makan sambil melihat sunset.
Sunset kat Aonang Beach. |
Kemudian, kami balik ke hostel untuk bersihkan diri dan solat. Malam tu merupakan malam last di Krabi. Memandangkan masih banyak duit bath, kami bercadang untuk makan mewah. Setelah pusing2 menaiki scooter di area situ, kami ternampak satu restaurant seafood dan majoriti pelayan di kedai tu adalah Islam (kerana pelayan perempuan memakai tudung).
Ketam ni masih hidup tau. |
Ini yang kami pilih : udang, ikan kerapu dan osyter |
1560 bath untuk makan 3 orang |
Kalau korang nak tahu, ada satu lorong kat Ao Nang nih penuh dengan bapok. Euwww geli! Tapi kerajaan Thailand tak melarang rakyatnya untuk berzina, that's why ramai yang jadi bapok dan pelacur. Tapi bapok kat sana semua lawa-lawa, kalah perempuan tau. Tapi kami bertiga tak masuk laa lorong tu, sebab nanti dyeorang akan rasa tergugat kalau lelaki yang masuk situ bawa perempuan lain. Nasib kawan aku nih takde laa pulak terasa nak masuk ke lorong tu bagai. Fuhh! Sebab ada baca kat blog lain, pelacur kat lorong tu siap tarik-tarik lelaki lagi. Hmm seram.
2 orang bapok tengah menawarkn pakej dyeorang |
0 comments