Backpackers di Krabi, Thailand (Day 1)

by - Sunday, April 17, 2016

Assalamualaikum.

Cuti midsem kalini aku dan 2 lagi rakan bercuti di Krabi, Thailand pada bulan Mac 2016. Sebenarnya kami patut pergi berlima, tapi 2 lagi kawan kami last minutes tak dapat join atas urusan keluarga. Walaupun kami hanya pergi bertiga, tetap enjoy kenal budaya kat sana. Ini kali pertama aku jejak kaki di Thailand. Kenapa pilih Krabi? Bukan ke Krabi ni bahaya? Humm, okay sebenarnya Krabi inilah satu-satunya tempat menarik yang digempar-gempurkan time aku sekolah dulu. Krabi ni takde lah bahaya dari segi peperangan, tapi bahaya sebab sosial yang terlalu bebas. Tapi imej aku yang bertudung, aku kenalah jaga adat2 tu semua.


Ribu Bath

Flight kami dari KUL-KBV pada waktu tengahari. Bila sampai je di airport Krabi, kami terus beli pakej kat kaunter yang betul2 opposite dengan escalator turun selepas selesai cop passport. Kami ambik 2 pakej :
  1. Phi phi island + lunch
  2. Jungle Trip ( emerald pool, blue pool, hot spring waterfall, tiger cave temple & naik gajah ) + lunch

Harga bagi kedua-dua pakej ni, kami dapat murah sikit dari harga biasa iaitu 4600bath seorang sekali dengan harga teksi untuk pergi dan balik dari airport ke hostel kami di Aonang dan teksi ini jugak yang akan ambik kami untuk pulang ke airport pada hari terakhir di Krabi. *btw, jangan lupa amalkan sikap tawar menawar yer. Sebenarnya harga naiki teksi sedikit mahal dari naik tuktuk tapi kami memilih teksi sebab ia lagi selesa dan ada air-cond memandangkan cuaca time tu sangat panas fuhh.

Perjalanan kami ke Aonang mengambil masa lebih kurang 45minit. Keadaan lalu lintas di sana tidak sibuk kerana mereka semua drive dengan perlahan, dan highway kat sana kecik je dan terpaksa lalui di celah2 rumah tempatan. Kami stay di Aonang Hostel for Backpaker selama 4h 3m dengan harga murah dari harga asal iaitu 960bath seorang kerana kami book awal 2 bulan di website booking.com. Tetapi, hostel ni kena bayar deposit 300bath seorang dan hostel ini ada mix dorm dan female dorm. 1 dorm untuk 10 orang (katil double decker), ada aircond, bersih, ada balcony untuk sidai baju basah dan loker kecil disediakan tetapi perlu disewa dan towel juga perlu disewa. So bagi yang nak stay kat sini, sila bawa towel siap2 yer. Bestnya hostel ni kerana ada wifi, dekat dengan 7E, banyak kedai makan, banyak money changers, banyak tempat sewa scooter dan yang paling best, tak sampai 15minit jalan kaki ke pantai Aonang.

So, tanpa membuang masa, lepas settle check in dan simpan barang2 di dorm, kami terus bersiar-siar di kawasan pantai.




Zatty, Jimie,Khairil


Makanan yang paling terkenal kat Krabi nih adalah pancake. Ada banyak pilihan pancake. Ada banana pancake, kiwi/strawberry pancake, tapi kami try yang pancake biasa je. Tu pun dah harga 40bath ~ RM7 untuk currency time tu.

Nutella pancake
Sebenarnya pantai Aonang tu merupakan tempat bot untuk ke Poda & Chicken island. Sebab tu banyak boat kat persisiran pantai tu. Kalau waktu petang, kita dapat lihat banyak bot yang sampai untuk turunkan ramai pelancong. Dan yang bestnya, kita pun boleh mandi kat pantai nih. Tak dalam, dan airnya sejuk!




Bila dah basah kuyup, kami balik ke hostel untuk bersihkan diri dan solat. Kemudian, kami jalan2 untuk makan malam. Di sepanjang jalan penuh dengan kedai2 yang jual cenderahati, pakaian, bar dan yang paling penting ada Starbucks! Hehehe. Okay, kami pulang ke hostel selepas selesai makan malam dalam pukul 10pm. Suasana malam di Aonang memang meriah. Ramai yang lalu lalang, muzik2 di bar juga kedengaran. Walaupun masih awal, kami kena rehat kerana keesokkan perlu bangun awal untuk next trip. 

Untuk sambungan, klik Phi Phi Island (Day 2)


You May Also Like

0 comments