Phi Phi Island (Day 2)

by - Monday, April 18, 2016

Dari sambungan Backpackers di Krabi,Thailand (Day 1), aktiviti harini ialah island hopping di Phi Phi Island. Phi Phi island ni merupakan pulau yang paling cantik di Krabi dan pulau yang paling jauh dengan pantai Aonang kerana pulau ini berada di antara Krabi dan Phuket.

Pada pagi itu pukul 8am, van sudah tiba di hostel untuk bawa kami ke jeti. Perjalanan dari hostel ke jeti tu cuma 20minit, itupun dah banyak berhenti untuk pickup yang lain. Sampai je di tempat berkumpul, semua diberikan satu gelang warna yang sama bermaksud satu boat yang sama. Kemudian, kami terus masuk ke dalam boat. *btw, korang tak perlu bawa minuman kerana setiap boat disediakan minuman percuma. Di atas boat, kami diminta untuk membayar 400bath seorang sebagai yuran masuk ke national park.

Sebelum sampai di Phi Phi island, kami singgah di beberapa pulau kecik, salah satunya ialah Monkey Beach. Pantai di sini berwarna putih, dan airnya sangat jernih. Walaupun matahari terik di kepala, kami tetap seronok bermandi dan bermain di situ dan jangan lupa tau pakai sunblock, baru kulit tak berubah warna. Hee.


Jernihkan air kat sini?
Tak puas bermain air di Monkey Beach, kami dibawa ke Maya Bay dimana Maya Bay terkenal kerana filem " The Beach" yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio. Ramai sangat pelancong datang ke Maya Bay, kerana pemandangan di pantainya sangat cantik yang di kelilingi oleh gua dan batu2 besar.




Long boat



Kemudian, kami ke Viking Cave. Viking Cave nih takde tempat untuk turun, just tengok bentuk gua dari atas boat je. Time ni, boat akan berhenti sekejap dan terangkan sejarah mengenai gua ini.





Lepas tu, kami ke Phi Phi island. Kali ni, kami berjalan ke tempat makan. Takde lah jauh pun. Semua makanan dihidang dan servis adalah layan diri. Tempat makan kat sini macam restaurant yang terbuka, bersih, pelbagai jenis makanan dihidangkan dan semuanya sedap sangat! Surau dan tandas juga disediakan. Di pulau Phi Phi ni, terdapat banyak resort dan kedai2 cenderahati berhampiran dengan jeti. 


Khairil & Jimie


Last aktiviti untuk harini ialah snorkeling. Boat berhenti di tengah2 laut dan jauh dengan persisiran pantai. Kami dinasihatkan agar tidak memijak batu karang takut nanti tapak kaki luka sebab kebanyakkan batu karang kat situ tajam. So apa lagi? Jom terjun! *sorry tak banyak gambar masa snorkeling, sebab sibuk buat video time nih.




Selesai je snorkeling, kami semua dibawa pulang di jeti sama pagi tadi. Dan kalini kami berpeluang naiki tuktuk ke hostel.

Bila kami dah sampai di hostel,
 kami sempat membeli coconut ice-cream yang jual di tepi jalan dengan harga 70bath ~ RM10. Kemudian, kami terus makan malam dan balik istirehat secukupnya.

Untuk sambungan, jangan lupa klik Jungle Trip (Day 3).

You May Also Like

0 comments