Zatty di Singapore -Part 2-
Dari sambungan Zatty di Singapore -part 1- , satu hari penat jalan2 kat USS, harini kita jalan2 pulak kat area Marina Bay. Plan sebenar nak gerak dari hotel around 9/10 pagi, tapi semua extend tidur. So tengahari baru kami gerak ke Marina Bay dengan menaiki MRT. Mengikut apa yang dirancang, kami sepatutnya turun di Bugis MRT untuk pergi kawasan Little India yang penuh dengan bangunan unik dan Haji Lane yang merupakan art street terbesar di Singapore, tapi kami kesuntukan waktu. Mungkin trip lain kali kami akan ke situ kalau diberi peluang. 😉
Okay, sampai je di Marina Bay MRT, kami terus berjalan ke Merlion Park, patung singa yang merupakan simbol negara Singapore.
Dalam perjalanan ke Merlion Park, kami sempat bergambar di sini and bangunan gah kat belakang tu adalah Marina Bay Sand Shopping Centre. |
Then, kami pergi ke Helix Bridge. Jambatan ni sebenarnya laluan dari Youth Olympic Park ke Art Science Museum. Apabila waktu malam, jambatan ni sangat lawa kerana lampunya bertukar warna tambahan pula dengan design jambatan ini yang sangat unik.
Bangunan belakang tu lah Marina Bay Sands & design macam bunga mekar tu adalah Art Science Museum. |
Ayu, Zatty, Khairil & Arep |
Next, kami window shopping dalam Marina Bay Sands Shopping Mall. Mall ni sangat besar dan ada perahu yang boleh naik berpusing-pusing kelilingi mall tu atas permukaan air dan design perahu di situ sangat classic macam perahu di Itali.
Pada waktu malam pula, kami ke Garden Bay The Bay untuk lihat lampu warna warni di kawasan taman tu, dan kami bernasib baik kerana sempat melihat persembahan lampu yang ikut rentak musik. Memang memukau.
Pemandangan cantik di depan Marina Bay Sand Shopping Mall |
Khairil & Zatty |
Kemudian, kami terus ke stesen MRT yang terdekat iaitu Bayfront MRT untuk balik ke Woodlands kerana bas yang paling lewat untuk balik ke JB tiba di Woodland adalah pukul 11 malam. Memang tak sempat nak explore satu Singapore, insyaAllah kami akan datang lagi.Walaupun trip ni dalam tempoh yang agak singkat, tapi ia sangat bermakna dan permulaan yang bagus untuk kami lebih berminat menerokai negara luar pada usia muda.
Bye Singapore,
0 comments