Last Day in Krabi (Day 4)
by
zatty
- Friday, April 29, 2016
Okay sambungan dari Jungle Trekking (Day 3), harini hari last kat Krabi. Flight balik ke Kuala Lumpur pada pukul 4.30pm. So pagi tu kami breakfast nasi kerabu dan air tea tarik kat satu kedai masakan Kelatan iaitu Kedai Sareefah. 2 orang makan cuma 200bath, murah kan? Selain nasi kerabu, ada je nasi dagang, nasi minyak dan nasi lemak. Senang je nak cari kedai ni, sebab betul-betul tepi jalan area Masjid Ao Nang.
Selesai je breakfast, kami pusing2 untuk habiskan minyak scooter. Kami gigih bawa scooter tu kat tepi pantai. Nak bergambar punyer pasal hahaha.
Helmet pink tu of course laa i punyer 😜 |
Okay feeling kejap! |
Bila dah tengahari, kami pun hantar lah semula scooter tu kat tempat yang kami sewa dan jangan lupa pulak ambik passport yang ditinggal tu. Kami check out hostel dan tunggu van datang ambik kami kat lobby pada pukul 12 tengahari, sebab flight kawan kami tu pukul 2.30ptg. So kami terpaksa lah pergi ke airport lebih awal. Before tu, aku sempat beli air kepala pure punyer sebab terlalu haus dengan cuaca panas terik kat sana.
50 bath jer! |
Bila dah sampai airport, kami lepak kat Black Canyon Coffee sambil makan meggi sebab nak cari free wifi hehehe. Airport Krabi ni kecik je sebenarnya, so tak take more time pun nak ke gate. Banyak je kedai cenderahati kat airport ni tapi harga mahal sikit laa dari harga yang boleh dapat kat Aonang. So better beli kat Aonang siap2 yer.
Bergambar kat luar airport Krabi |
95 bath |
30 bath |
Boarding pass KBV-KUL |
Kami masuk ke tempat boarding lebih awal. Sebab just lunch meggi and coffee kat airport, kami terpaksa order makanan kat atas flight. Nasib masih ada lagi duit bath, tapi dyeorg terima je duit Malaysia. Kami selamat sampai kat KLIA2 dalam pukul 7pm.
Byee Krabi! |
Alhamdulillah selesai trip ke Krabi. Semua plan, semua tempat dalam list dapat pergi tanpa ada pape halangan. Seriously aku rindu Krabi! Rindu suasana kat sana, rindu nak pergi mandi laut and rindu nak layan live band. Harap lepas ni ada laa peluang untuk aku repeat ke Krabi lagi. Ini je yang dapat aku share pengalaman aku dan kawan-kawan kat Krabi selama 4h 3m. Harap dapat memberi sedikit tips dan gambaran bagi korang yang nak pergi ke sana nanti. 😉
Yang merindui Krabi,
Zatty