Last Day in Vietnam
by
zatty
- Saturday, September 23, 2017
Pukul 830pagi, kami dah get ready kat lobby hotel tunggu bas datang pickup untuk gerak ke Ho Chi Minh City walaupun kat tiket bas tu dah tulis pukul 9pagi. Better bersiap awal dari ketinggalan bas kan. Tiket bas ni kami beli sekali dengan tiket bas nak ke Mui Ne dulu, means masa tu kami terus beli tiket return. Jangan risau kalau takut kena tipu or takut bas lupa nak datang pickup kat hotel, sebab ada satu cawangan bas ni betul-betul depan resort yang kami stay ni, so senang nak tanya kalau ada masalah dengan bas tersebut. Kalau nak tahu resort apa yang kami stay ni, boleh refer kat previous post. [Mui Ne, syurga makanan laut]
Alhamdulillah, bas tiba di lobby resort lebih kurang 9.15 pagi. Bas yang kami naiki ni sama dengan bas yang kami naiki semasa datang ke Mui Ne dulu, iaitu sleeping bas, sediakan satu botol mineral water untuk setiap pelancong dan plastik untuk letakkan selipar/kasut.
So, selamat tinggal Mui Ne and say hi to Ho Chi Minh City again! 👋
Kami tiba di HCM City pukul 2petang dan kami terus berjalan kaki dengan menggalas bagpack dan semua barang yang ada pergi ke Malaysian Street untuk makan tengahari. So kalini kami memilih Restaurant Hajjah Basiroh untuk kami makan kali terakhir sebelum kami tinggalkan Vietnam.
Sup ayam, ayam masak merah = 235 000 VND / RM 44 |
Selesai je makan, kami survey harga-harga tudung yang dijual di sepanjang Malaysian Street tu. Dan kami memborong hampir 30 helai shawl inspired Nealofar dan Ariani sebab harga satu tudung tu around RM 15 hingga RM 20 je. Kami juga borong jersey dan short yang rare kat sana, sebab bf i cakap harga short macam tu kalau kat Malaysia around RM 40 ke atas sedangkan kat Vietnam tu cuma 113 000 VND / RM 21 sahaja.
Selesai shopping dan beli fridge magnet, kami terus berjalan kaki ke
bas station Saigon ( BEN CV 23/9 ) berpandukan google maps. Kat situ ada satu bas yang akan bawa ke airport sahaja, dan tiket bas just bayar ketika on the way ke airport. Perjalanan nak sampai ke airport lebih kurang 20 minit je, so kami sampai kat airport pukul 8 malam sedangkan flight balik ke Malaysia pukul 930 malam.
View di dalam bas menuju ke airport |
Kat airport ni, takde pun timbang bag sedangkan kami rasa bag yang kami bawa tu lebih dari 7kg untuk bawa masuk ke cabin flight. So akan terkilan pulak sebab tak beli banyak coffee untuk buat stock di Malaysia. Sekiranya nak ke toilet, bawalah sekali botol air kerana toilet kat airport sana tak sediakan apa-apa air untuk mencuci. So, ini je pengalaman dan tips yang aku dapat share untuk korang yang merasa nak travel ke Kemboja dan Vietnam sekali gus. Penat tu memang penat, 9 hari rasa berlalu sekejap sangat tetapi sangat berpuas hati dengan trip kalini sebab tiada masalah yang datang dan trip ni berjalan sangat lancar macam yang dirancang even inilah first trip yang pergi 2 negara sekali gus tanpa membawa sesiapa yang ada pengalaman ke sana dan cuma berpandukan sedikit survey yang aku buat sorang . Alhamdulillah. 😁