Mui Ne, Syurga Makanan Laut
Harini lepas settle breakfast, kami hanya rehat di resort dan mandi di pantai. Ombak kat pantai tu memang tinggi dan memang sesuai untuk surfing. Banyak je aktiviti air yang ada kat situ seperti
surf kite, banana boat dan jet sky. Tapi kami hanya mandi pantai je, tak berani lah nak try sebab tak pandai nak kawal ombak tu semua. Then, tiba masa perut minta diisi. So kami pun lunch kat restaurant semalam. Nak tahu apa restaurant tu, boleh click Jalan-jalan di Mui Ne 2017 .
280 000 VND / RM 53 |
2 aiskrim + pringles = 68 000 VND / RM 13 |
Kemudian kami balik ke resort dan mandi kolam. Hahaha, memang satu hari just santai area resort je. Bila dah senja, kami pun balik bilik untuk bersihkan diri dan rehat sebelum keluar makan. Sempena malam terakhir di Vietnam, kami berhajat nak makan meriah sikit dari biasa. Kebetulan kat tepi-tepi jalan tu memang banyak restaurant yang sediakan makanan laut dan harga memang murah kalau nak compare dengan kat Malaysia. Size yang diorang jual ni memang besar dan kebanyakkan haiwan kat situ still hidup sampai ada yang terlompat keluar dari bekas tu.
Semua makanan ni kami just bakar ala BBQ gitu, sebab taknak diorang campur guna kuali ataupun apa-apa bahan masakan yang tak halal. Dan meja makan kat restaurant ni memang betul-betul tepi pantai. Memang best makan kat situ dengan dengar bunyi ombak dan angin sejuk pada waktu malam.
Dah kenyang, kami pun pulang ke resort untuk kemas-kemas barang sebab keesokkan kami kena bertolak ke Ho Chi Minh City dan pulang ke Malaysia. Untuk tahu lebih lanjut boleh click
Last Day in Vietnam.
Last Day in Vietnam.
0 comments