Perjalanan ke Ho Chi Minh City, Vietnam dari Siem Reap, Kemboja

by - Wednesday, September 20, 2017

Tepat pukul 6.15 pagi, kami dah get ready kat laman hostel untuk tunggu ejen dari syarikat
 yang kami beli tiket bas tu pickup kat depan hostel. Haa, nak tahu kami beli tiket 
bas ke HCM (Ho Chi Minh City) tu kat mana, baca kat Zatty dan Angkor What?

Dalam 15 minit kemudian, sampai lah satu van untuk bawa kami ke station bas. Ejen tu jugak pickup pelancong lain dari satu hotel ke satu hotel hinggalah van tu penuh. Tak sampai 10 minit, kami dah sampai kat station bas. Sebenarnya tak jauh pun dari bandar Siem Reap tu, 
dan station bas tu kecil je. Lepas tunjuk tiket bas, kami terus naik bas dan duduk ikut seat yang dah ditetapkan kat tiket tu. Bas yang kami naik tu cuma bas biasa, bukan sleeping bas dan setiap penumpang akan diberi sebotol air mineral. Tepat pukul 7pagi, bas pun gerak tinggalkan Siem Reap.
Selamat tinggal Siem Reap! 👋

Pukul 2 petang, kami sampai ke station bas Phom Penh, ibu kota Kemboja. Bandar Phom Penh memang jauh beza dan lebih maju berbanding dengan Siem Reap. Kami diminta turun dari bas yang kami naik tadi tu dan bawa sekali barang-barang yang lain. Rupanya, sesiapa yang nak masuk ke Vietnam melalui laluan darat akan transit di Phom Penh dan tunggu bas yang akan bawa ke Vietnam.
So untuk hari tu, kami just makan maggi cup yang dibawa bekal dan kami minta 
air panas di kedai runcit ala 7E yang ada kat station bas Phom Penh tu. Kami juga beli Mister Potato untuk alas perut dalam bas nanti.

2 USD
Station bas Phom Penh


Around 3pm, bas ke HCM, Vietnam dah tiba di station bas tu. Just tunjuk tiket bas, pemungut tiket tu benarkan kami naik ke dalam bas dan berikan satu air mineral setiap sorang. Bila bas dah penuh, bas gerak tinggalkan Phom Penh.  Suasana sepanjang perjalanan nak sampai ke kastam tu dipenuhi dengan sawah padi dan kawasan paya. Rumah-rumah penduduk kat situ kebanyakkannya dibina tinggi, mungkin kawasan tu selalu dilanda banjir. Sebelum sampai kat immigration, bas akan berhenti kat satu restaurant dan restaurant tu tidak halal. So, kami just pergi ke toilet sahaja. Kemudian, pemandu bas akan memungut passport untuk melancarkan process di immigration nanti.

Tiba di immigration, suasana dah makin gelap. Semua penumpang diarahkan turun dari bas dan perlu membawa semua barang bersama untuk di scan. Selepas semua settle di  immigration, terus naik bas yang sama untuk dibawa ke HCM dan akhirya jejak jugak kaki ke Vietnam tanpa sebarang kesulitan.

[ Selamat datang ke Ho Chi Minh City, Vietnam ! ]
Kami tiba dia HCM pada pukul 930 malam, fuhh 14jam dalam bas. Kami turun di hentian bas yang terakhir (Ben CV 23/9), dan jalan kaki dalam 10 minit dah sampai kat Tam Hanh Travel Agency di mana kami perlu beli tiket bas ke Mui Ne untuk malam keesokkan itu. Sepanjang berjalan kaki ke Tam Hanh Travel tu, ada satu lorong ke restaurant halal masakkan mamak iaitu Taj Mahal Restaurant. So dinasihatkan supaya screenshot siap-siap location nak ke hotel dari Tam Hanh Travel tuh supaya senang nak cari dan tak perlu nak naik teksi sebab kat sana ramai yang scammer, even angkat bag pun diorang charge walaupun kita tak minta diorang tolong angkatkan.


HCM to Mui Ne (return tiket); 240 000 dong per person
Kemudian, kami terus ke hostel yang terletak 500 m dari Tam Hanh Travel tu iaitu 
Hostel Himalaya Phoenix. Aku booking siap-siap hostel tu dan dapat harga 7.2 USD (RM30) sorang untuk satu malam. Hostel ni agak susah nak jumpa sebab lorong kat situ agak tertutup dan tersorok kat belakang Togo Coffee & Tea cafe. Lepas check in dan simpan barang kat locker, kami terus ke Malaysian Street untuk makan malam yang hanya terletak 1km dari hostel. Kat sini, terdapat banyak restaurant makanan halal iaitu Kedai Muslim Halal Al-Amin, Restaurant Halal Osman,
Haj Mansour Halal dan Restaurant Hajjah Basiroh. Kat sini juga boleh guna duit Malaysia dan bercakap bahasa Melayu.


Deretan restaurant halal di Malaysian Street
Sup ayam + daging masak merah + 3 nasi putih dan 3 air ; 290 000 dong / RM 54
Kemudian, kami singgah Night Market untuk window shopping tetapi hajat terbantut bila tengok harga jersi, short pant, handbag dan macam-macam lagi yang jual kat situ majoriti murah dari harga di Malaysia. Btw, awek-awek Vietnam yang jual kat situ seriously lawa kalau compare dengan awek Vietnam yang dibawa masuk ke dalam Malaysia, tu biasa-biasa je bagi aku hahaha.
Sebelum balik ke hostel, jangan lupa minum coffee Vietnam tau. Aku yang peminat tegar coffee ni memang recommend coffee famous yang akak jual menaiki motor tuh, memang kaww dan harga cuma RM 3 je satu. 😋

Night Market







Bagi aku, HCM city ini agak maju kalau nak dibandingkan dengan bandar Phom Penh, Kemboja
dari segi banyak mall yang besar, adanya butik barang-barang yang berjenama, terdapat public transport  (bas macam rapid KL) tetapi kesesakkan lalu lintas kat sana memang padat
fuhh nak melintas pun seram hmm. Malam tu, kami terus balik ke hostel sebab keesokkan dah nak check out dan jejalan kat area HCM tuh. So kalau nak tahu ke mana kami jalan-jalan kat HCM tu, boleh click link ini yer. [ Jalan-jalan di HCM City ].

You May Also Like

1 comments

  1. Jom ke HCM – Dalat – Mui Ne 2020!!!!!! Hanya RM1500/pax termasuk flight + transport + hotel + meal + entrance fee + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking. Promosi tamat pada 31/12/19. Untuk full itinerary boleh ws 018-9581995 atau email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete