Tempat menarik di Kuching, Sarawak

by - Friday, June 08, 2018

Hi guys ✌

Harini aku nak update pasal pergi Kuching, Sarawak with my family on last Labour Day for 6 days.
Okay, kenapa Sarawak? Aku pun tak tahu, actually my dad yang ajak pergi.
Memang aku dan adik-adik tak pernah sampai ke Sarawak, and tak pernah terlintas pun nak pergi sana sebab tak tahu apa yang menarik kat sana. Dari pergi Sarawak, baik pergi Sabah kan?
Disebabkan my dad nak pergi kali ke-2 ke sana (kali pertama my dad pergi training bola sepak untuk SUKMA 2002), so kami semua just follow jelaa. So, lets go!

Qilah, Yoe, Umi, Abah, Baby, Iffah, Aida, Mak (opah) and me

Baby & Aida

Kat sana kami terpaksa sewa kereta kerana public transport sangat terhad and agak leceh bawak adik kecil and opah jalan-jalan, takut mereka tak selesa.
So aku book kereta Hyundai Starex yang boleh muat 9 orang kat website ni Ikram Transport.
Website ni jugak ada pakej holiday sekali dengan tour guide (driver) dan homestay.

1) Kuching Waterfront

Mak (opah), Abah & Umi
Macam biasa, aku takde dalam gambar sebab aku lah photographer tak dibayar untuk trip kalini


 Inilah first stop kami. Bangunan kat belakang tu ialah Dewan Undangan Negeri Sarawak, dipisahkan dengan Sungai Sarawak. Kalau nak ke sana, takyah naik perahu dah sebab 
Jambatan Darul Hana dah siap. 

Jambatan pejalan kaki ni direka khas berbentuk S (S untuk Sarawak) sepanjang 335 meter dan menjadi tumpuan pelancong pada waktu malam serta manjadi laluan utama penduduk di situ untuk ke seberang.


Lawaa kan ? 😍

2) Top Spot Seafood

First time pergi berdasarkan waze, memang tak jumpa restaurant ni. Rupanya restaurant ni kat dalam UTC Kuching, Level 6. Kalau korang nak pergi, korang waze je UTC and parking je kat dalam UTC tu. Actually, ni bukan restaurant pun. Ia macam foodcourt tapi semua gerai jual seafood fresh yang besar-besar. Kalau korang datang Kuching, korang memang wajib kena datang sini, sangat berbaloi dan puas hati makan tau.

Untuk Muslim, mungkin korang ragu-ragu nak makan sini sebab semua signboard gerai tulisan Cina, so aku suggest korang makan kat gerai Ah Huat. Ramai Muslim makan kat gerai ni, so korang jangan bimbang yer.

Midin goreng belacan, udang masak nestum, osyter kam heong dan lobster masam manis
RM 350++ ; seekor lobster dah RM160 (depend berapa gram)

Kerapu 3 rasa, udang masam manis, sayur campur, ketam masak merah, remis rebus dan pancake osyter (yang macam piring astro tuh hahaha) RM 450++

3) Hidupan Liar Semenggoh Orang Utan

Rugi lah kalau pergi ke Sarawak tak tengok orang utan depan mata kan. So kami ke Semenggoh yang terletak 25km dari bandar Kuching dan ambil masa lebih kurang 45 minit. Pemandangan nak ke Semenggoh tu sangat membosankan, memang betul-betul masuk hutan tau. Before korang pergi, pastikan korang sampai kat sana tepat pada waktu operasi tau, sebab pelawat tak dibenarkan masuk pada waktu makan orang utan.

Matching blouse with my queen

Gigih tau cari angle untuk gambar ni


3) Culture Village Kuching, Suntubong

Sarawak terkenal dengan pelbagai etnik yang takde kat semenanjung. So tempat ni paling sesuai untuk kenal dengan lebih dekat budaya diorang. Bayaran masuk ke tempat ni ialah RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Banyak jenis rumah budaya kat sini, seperti Rumah Bidayuh, Rumah Panjang, Rumah Iban, Rumah Orang Ulu, Rumah Penan dan banyak lagi.







Kat sini juga korang boleh tengok persembahan tradisional, boleh bermain alat muzik tradisional etnik diorang dan korang juga dihidangkan makanan tradisional yang diorang masak secara langsung kat situ. Kat sini juga ada teater persembahan selama 45 minit dan hanya ada 2 sesi je sehari. Sesi pertama pada pukul 1130am dan sesi seterusnya pada pukul 4pm.




Real tengkorak, dianggap dapat selamatkan kampung dari terkena bencana buruk


4) Pasar Serikin, Sempadan Indonesia

Okay, kalau nak ke sini aku suggest korang kena gerak awal pagi dari Kuching sebab perjalanan ke tempat ni ambik masa 1 jam 40 minit. Fuhhh, seriously jauh.  Kat kawasan tu ada warung, so korang boleh breakfast/brunch kat situ. Takyah risau, penjual kat situ majoriti Muslim. So lepas perut dah kenyang, baru boleh shopping lama-lama. Actually, Pasar Serikin ni macam Pasar Wakaf Che Yeh, Kelantan dan Padang Besar, Perlis je. Pasar Serikin ni sangat besar, sampai tak tahu mana penghujungnya dan barang-barang kat sini murah sangat.


Lawa kan wakaf nihh






5) Fairy Cave Coop

On the way balik dari Pasar Serikin, kami singgah kat Fairy Cave. Gua ni merupakan salah satu gua kapur kat Malaysia dan tempat orang Cina bersembahyang sebab ada colok dan patung Buddha untuk diorang sembah. Sebagai tanda hormat tempat suci mereka, kami dihendaki kena naik tangga yang agak tinggi tanpa kasut/selipar untuk menjaga kebersihan tempat ini.





6) Bandaraya Kuching

Tak lengkap kalau datang Kuching tak bergambar dengan patung-patung kucing kan. So kami singgah kat beberapa tempat yang ada patung kucing tu. Alang-alang tu, kami try aiskrim gula apong kat RG Aiskrim Gula Apong, boleh waze je location tu.



Aida & Baby; memang hyper aktif orangnya


7) Mira Kek House

Ini part shopping yang paling best. Shopping sambil makan sebab banyak sangat tester kek lapis kat kedai ni sampai boleh kenyang tau. Kami pergi 3 kali berturut-turut sebab nak bawa balik ke semenanjung, maklumlah nak bagi kat sedara-sedara. Harga kek lapis semuanya RM10 dan RM20 untuk kek buah. Murah kan? 😬





Sebenarnya banyak je kedai kek lapis kat Kuching ni, tapi kami prefer yang ni sebab kedai ni betul-betul depan jeti seberang. So nak ke seberang, kami naik bot tambang. RM1 seorang untuk sehala, sediakan duit cukup-cukup tau sebab diorang tak akan pulangkan baki, diorang anggap duit lebih tu sebagai upah untuk diorang.





Happy muka Mak bila shopping nih
8) Pak Amit Cafe

Kami singgah ke kedai makan Pak Amit untuk breakfast hari terakhir kat Kuching then kami terus gerak ke airport sebab flight kami pukul 12 tengahari ke Kuala Lumpur. Banyak makanan kat kedai makan Pak Amit ni, tapi korang kena laa try mee kolok, makanan tradisi Sarawak. Actually banyak lagi makanan yang kami order, tapi faham-faham laa yer, bila pergi makan ramai-ramai, makanan sampai terus makan. 😅 Takde istilah tunggu nak ambik gambar dulu hahaha.


It's time to say goodbye to Kuching. Satu pengalaman yang seronok bila kenal negeri dan budaya mereka, yang penting masa dengan family. Bila dah makin dewasa, sibuk dengan kerja lagi-lagi yang stay jauh dengan kampung, happy sangat bila ada masa jalan-jalan camni dengan keluarga. Harap lepas ni banyak lagi tempat-tempat dan masa diizinkan untuk spent time camni dengan family. 😊




You May Also Like

0 comments