Tips sebelum menjejak kaki ke Korea

by - Tuesday, September 18, 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

South Korea, ramai yang teringin nak ke sana kan? Lagi-lagi yang fanatics dengan Kpop and oppa kat sana, especially girls laa yang selalu berangan nk bersuamikan oppa tu. Hahaha 😁 
 Atas permintaan ramai, aku share beberapa tips and itinerary time aku pergi sana secara backpackers pada musim summer 2018.

1) Flight ticket 


Ini flight return paling murah yang aku dapat time Airasia buat promosi, hanya RM 785 sorang, tak termasuk meals and luggage. Aku beli tiket return ni 4 bulan awal dari tarikh nak pergi sana, means aku beli time promo bulan May haritu. If korang nak tahu, nak dapat tiket flight murah ke sana, korang pergi lah time summer, sebab harga tiket time summer memang murah kalau nak compare dengan musim lain and time winter lah tiket paling mahal, more than RM 1100. 

2) Guesthouse

Aku memang suka survey and book hotel/hostel untuk travel mana-mana je even dalam Malaysia kat website booking.com sebab tak perlu nak bayar deposit ataupun kena scam. So untuk trip ke Korea ni, aku cari guesthouse kat area Itaewon sebab banyak tempat makanan halal. 
Aku pilih N Guesthouse Itaewon sebab ada langsir kat setiap katil, baru ada privacy sikit. Yang best guesthouse ni sebab provide breakfast (egg with bread, cereal, tea or coffee) every morning until 1030am, allows to cook and have laundry. Guesthouse ni seriously bersih, kemas, toiletries pun disediakan. Service tip top lah 👍


64,600 won (RM 172) per person for 4 nights
3) Pocket Wifi

Aku memang suggest korang untuk sewa pocket wifi sebab sana tak semua ada free wifi selain airport and Subway (train). Bila korang dah ada pocket wifi, korang tak perlu nak beli simcard dah. Aku recommend korang sewa pocket wifi kat website ni, Travel Recommends sebab boleh self pickup and self drop kat KLIA/KLIA2. Kalau kat KLIA2, kedai dia betul-betul sebelah kedai Famous Amos (level ground floor) bertentangan dengan gate arrival. Sepanjang 5 hari kat negara Kpop, aku dan kawan-kawan berkongsi pocket wifi yang sama dan melayari Internet tanpa ada sebarang gangguan di mana jua. Haa gitu. Battery pocket wifi pun tahan lama hingga ke malam kalau tak selalu ON, tapi lebih secure kalau korang spare powerbank siap-siap yer.

Nanti dia akan return balik deposit in 7days after return the devices

4) Everland Ticket

Alang-alang nak jejak kaki ke Korea, guna peluang yang ada pergi ke theme park terbesar diorang iaitu Everland. Setelah survey entrance ticket, kami decide nak beli tiket kat website 11street,
[One Day Ticket for All Parks] under company Triba-East Travel Sdn Bhd. Kalau korang bukak page company tu, company tu sebenarnya jual banyak lagi tiket masuk themepark kat negara lain, even themepark dalam Malaysia pun ada dengan harga murah kalau nak compare dengan harga tiket kat kaunter masuk.

Harga tiket kat kaunter Everland; 54,000 won ~ RM 200
Lepas korang buat payment online, korang akan dapat email dari 11street untuk verification code per ticket. Code tu mestilah kena redeem dulu kat company Triba-East Travel tu. Just follow step kat bawah untuk redeem :

Response by Triba-East Travel 
Response dari Triba-East Travel tu cuma nak re-confirm balik tiket yang kita beli dari 11street. 3 hari before nak fly ke Korea tu, Triba-East Travel akan email barcode sebagai tiket masuk ke Everland. So rajin-rajin lah check email before fly tu yer. Then screenshot barcode yang dia email tu and scan kat pintu masuk Everland, tak perlu nak redeem tiket kat kaunter sana ✌

5) Apps wajib download

a) Subway


Apps Subway ni seriously sangat membantu perjalanan korang kat sana dan boleh digunakan secara offline. Kat sana, setiap satu station banyak sangat exit dan exit tu berjauhan. Dengan adanya apps ni, dia akan bagitahu exit mana yang mempunyai kemudahan lif, exit mana lebih dekat dengan destinasi yang korang nak pergi. 

b) Waygo

Apps ni sangat penting bagi Muslim sebab apps ni boleh mengesan tulisan Korea, Cina dan Jepun. Just snap gambar tulisan Korea tu dan ia automatic translate ke Bahasa Inggeris. Apps ini membantu bila korang  ke restoran yang takde menu Bahasa Inggeris dan boleh digunakan time korang nak faham notis signboard ataupun iklan kat mana-mana je.

c) Naver Map
Korang tahu tak yang  South Korea ni tak boleh gunakan Google Map sebab faktor sekuriti negara mereka? Kalau korang sesat dan korang buka Google Map, mungkin korang akan lagi sesat lagi 😅
Kat Korea, diorang gunakan Naver Map gantikan apps Google Map. Naver Map telah update dengan adanya tulisan roman untuk mudahkan lagi pelancong asing guna apps ni. Cara guna apps ni sebenarnya sama je macam Google Map.

6) Adapter

Kalau korang dah ada adapter yg petak tu, aku suggest korang beli lain. Haa, sebab plug kat Korea bentuk bulat, so longgar kalau connect dengan adapter petak tu. Kalau korang x sempat cari or susah nak jumpa kat Malaysia (Kedai Ustaz), better korang beli kat Korea je. Banyak grocery store sana jual, around 12000 won camtu. Haa gambar adapter tu macam kat bawah ni;


7) Aktifkan kad ATM International

Okay, ini part yang sangat penting kalau berlakunya kecemasan. Walaupun dah bawa cash yang cukup, tapi kita kena spare jugak duit lain untuk withdraw kat sana. Korang boleh withdraw je duit korang kat mana-mana ATM yang ada meps, dan ada charge pengeluaran untuk setiap kali korang withdraw. Sepanjang aku travel, aku pernah withdraw 2 kali iaitu kat Thailand and Seoul. Kalau kat Thailand, charge setiap kali withdraw sebanyak 200baht. Kat Seoul pulak, charge 3600won setiap kali withdraw. So kalini aku nak ajar korang aktifkan kad ATM Maybank korang secara online je.

Step 1: Login akaun Maybank2u korang macam biasa
Step 2: Klik kat 'Card Management'  



Step 3: Pastu klik pulak kat 'Overseas ATM Facility'


Step 4: Klik kat petak '--Please select--' dan pilih 'Activation' kemudian klik 'Continue'


Step 5: Tetapkan tarikh korang nak aktifkan kad ATM


Aku nasihatkan korang aktifkan kad ATM korang lebih 24jam dari tarikh flight korang balik ke Malaysia. Kalau korang banyak trip untuk tahun tu, baik korang aktifkan setahun terus. Lagi senang, bukan ada charge pape pun.

Step 6: Klik 'Request for TAC'

Sama jugak macam buat transaksi online banking yang lain, yang ni pun perlukan pin TAC. So pastikan phone korang ada kat sebelah ye.

Step 7: Selesai. Hooray!


Kalau korang takde bank Maybank, korang pun boleh aktifkan kad ATM korang yang lain asalkan ada Visa/Mastercard yer. Kalau korang nak aktifkan kad ATM CIMB, korang pun boleh aktifkan secara online jugak. Just ikut step kat link bawah ni ✌ :


So nak tahu itinerary and budget aku pergi sana selama 5 hari ? Just click link kat bawah ni :

You May Also Like

0 comments