Jalan-jalan di Malang,Surabaya (Day3)

by - Saturday, December 31, 2016

Letih dengan aktiviti semalam, harini bangun awal pagi pulak. Btw, kalau nak tahu semalam buat apa, boleh klik Mount Bromo,Surabaya (Day 2) okay! Sebelum start aktiviti harini, kami breakfast dulu di lobby hotel pada pukul 7pagi. Dah lama tak breakfast pepagi camni, last zaman sekolah dulu laa rasanya 😂

Nasi goreng telur mata, mee goreng dan air teo o panas.
First aktiviti harini ialah memetik buah epal kat ladang epal. Ladang epal tu takde laa jauh mana dari hotel kami, dalam 30minit sampai laa kat situ. Kat ladang tu, makan laa buah epal tu sepuas-puasnya sebab percuma. Tapi nak masuk ke ladang tu kena laa bayar yer, tapi tour guide kami yang settlekan sebab kami dah bayar full pada hari first sampai haritu. Kalau epal-epal tu nak dibawa pulang, barulah bayar sendiri mengikut 'gram'. Kebanyakkan epal kat situ epal hijau, so agak masam laa.





Dah puas makan epal, kami pun pergi lah makan kat Milk Story cafe. Kat cafe ni takde makanan berat pun, cuma banyak pilihan dessert dan yogurt. Sokay, kami pun takde lah lapar mana sebab dah makan banyak epal sebelum tuh hee. So, kami order lah chorrus caramel, vanilla frap & oreo frap. Bagi aku, chorrus dan air yang kami order ni sedap 👌 So, tak rugi laa mencuba.

52 ribu rupiah
Settle je makan, kami terus ke Coban Rondo Waterfall. Hampir satu jam jugaklah perjalanan kami nak ke sana. Macam biasa, air terjun ni ada mitos yang tersendiri, Haaa, kalau nak tahu sejarah pasal air terjun ni, boleh tekan link kat atas tu. Air terjun ni tinggi jugaklah, dan airnya sejuk sangat. Sungai kat sekitar air terjun tu jernih je. Tapi sayang, air terjun ni bukan tempat untuk mandi sebab kawasan ni kecil dan tempat tumpuan para pelancong.



Lepas tu, kami singgah Taman Maze. Bila aku tengok taman ni, terus tegingat filem Maze Runner. Fuh, excited nak masuk. Btw, tak perlu bayar pun nak masuk sini. Laluan masuk dan keluar cuma ada satu je. So agak susah lah nak keluar dari taman ni kalau takde petolongan dari orang yang nampak keseluruhan taman ni. So, Mas Rizal (tour guide) duduk kat satu pondok tinggi kat situ untuk beri arahan ke kiri ataupun ke kanan semasa kami pusing-pusing kat dalam taman tu. Seriously best sangat!

Pemandangan Taman Maze dari pondok tinggi tu.
Okay, last check point untuk aktiviti harini ialah di Gunung Banyak. Pelik kan nama gunung nih? Hee. Puncak gunung ini berada pada ketinggian 1340 meter dari paras laut. Jarak nak ke sini dari kota Malang cuma 30minit je. Sampai je di puncak gunung ni, kami terus ke kedai-kedai runcit di sekitar untuk makan, Kebetulan time tu, hujan turun renyai-renyai dan suhu bertambah sejuk. Dan hasilnya, kami makan bakso,megi dan air kopi panas untuk hangatkan badan sambil menikmati pemandangan seluruh bandar Malang yang dapat dilihat jelas dari puncak gunung tu.
40 ribu rupiah termasuk dengan 2 air kopi panas.
Kat puncak gunung ni, ada 2 tempat wisata yang menarik iaitu Paralayang yang menyediakan payung terjun dan Omah Kayu. Tapi malangnya, aktiviti payung terjun time tu ditutup sehingga hujan berhenti. Kata Mas Rizal, payung terjun tu boleh dinaik max 2 orang dan dapat berpusing melihat Kota Malang dari permukaan atas dengan lebih dekat selama 20minit.

Tanpa membuang masa, kami terus ke Omah Kayu. Laluan ke Omah Kayu agak licin sebab hujan. Tempat ini dikenali sebagai Omah Kayu kerana terdapat rumah kecil yang dibina di atas pokok pinus serta digelar sebagai 'Not Just Tree House' dan rumah-rumah kecil ini boleh dinginap tetapi max hanya 3 orang sahaja untuk satu rumah. 

Pokok pinus; agak seram tapi cantik kan



Haa, inilah tour guide kami; Mas Rohman
Satu hari jalan dari pagi hingga ke lewat petang, kami pun pulang lah ke hotel. Sebelum sampai ke hotel, kami dinner dulu kat satu restaurant mewah ni. Dekorasi restaurant tu agak romantik, dengan lampu-lampu malap, cara susunan meja dan sinki yang unik. So kami pun order lah macam biasa iaitu nasi, tapi kali ni kami order satu sup; lupa nama sup tu apa. Lastly, sup tu tak habis pun. 😂 Sup tu bukan sup biasa macam kat Malaysia, ada jagung dalam sup tu dan rasa dia masam. Tak sedap!

85 ribu rupiah

Bila perut dah kenyang, kami pun terus balik ke hotel. Untuk sambungan, klik Kampung Warna Warni Surabaya (Day4).


You May Also Like

0 comments