Hi Surabaya (Day 1)
Assalamualaikum.
Straight to the point. Entry ni nak up pasal trip ke Surabaya pada November 2016 haritu. Sebenarnya trip ni sempena birthday my boy 💗 Okay, kami sepatutnya pergi bertiga, and sekali lagi sorang kawan kami tu tak dapat join atas urusan keluarga. So kami berdua proceed je dengan trip nie sebab dah inform supir kat sana. Kami dah setuju dengan tawaran pakej dengan agent travel bernama Ayunita ( whatsapp num: +62 852 58881207 ). Kami dapat maklumat mengenai agent ni dari kawan kami yang pernah ambik pakej dengannya sebelum ni. Harga yang kami dapat untuk seorang ialah 2.5 juta rupiah termasuk dengan segala transportation, penginapan dan tiket masuk ke semua wisata/tempat yang akan kami pergi. So, kami just bawa duit untuk makan dan shopping sahaja.
Flight kami dari KUL-SUB pada 6.30pm pada hari Rabu, means kami terpaksa ponteng kelas dan siapkan semua assignment untuk submit awal dari due date yang diberi. Trip kali ni kami ke Surabaya selama 4hari dan 3malam. Kenapa pilih Surabaya? Sedangkan banyak lagi tempat yang lawa kat Indonesia kan. Okay, kami pilih Surabaya sebab nak naik gunung. Gunung apa? Of course Mount Bromo. Yelaa, dulu dah pergi jalan2 kat city (Singapore), then ke pulau (Krabi,Thailand) and kali ni kami cuba nak buat aktiviti yang lain sikit.
Nasi goreng dan tea o ais; 78 ribu rupiah |
Selesai je makan malam, kami terus dibawa ke Bromo dengan naiki van. Van yang kami naik ni rupanya van baru dan seriously bersih. So kami selesa sangat sampai tertidur dalam perjalanan nak ke Bromo tu. Sedar-sedar je dah smpai Bromo dalam pukul 2.30pagi. Fuhh lamanya perjalanan nak sampai ke Bromo. Time buka pintu van tu, ohmai sejuk giler! Mas Rohman cakap minimum suhu kat Bromo ni pernah sampai 10'c. Terus Mas Rohman bawa kami ke satu homestay untuk rehat sekejap, sebab pukul 3pagi kami perlu bergerak ke Puncak Bromo untuk tengok sunrise. *btw, homestay ni ada 3 bilik dan setiap bilik ada shower, ada ruang tamu serta dapur.
Untuk sambungan, klik Mount Bromo,Surabaya (Day 2)
0 comments