Kampung Warna Warni,Surabaya (Day4)

by - Saturday, December 31, 2016


Harini hari last di Surabaya. Flight balik ke Kuala Lumpur sepatutnya pada waktu malam, tetapi dianjak ke pukul 5petang jam Indonesia. Oleh sebab itu, kami terpaksa bangun awal pagi untuk teruskan aktiviti kami harini. Sebab terlalu awal, breakfast kami belum siap. So, kami hanya dihidangkan dengan roti dan milo panas sahaja pada pukul 6am. Okaylah untuk alas perut kan.


Selesai je breakfast, kami terus check out dan menuju ke Jodipan, Malang. Perjalanan ke sana agak lama kerana sibuk dengan orang ramai yang bergegas ke tempat kerja dan tergangu dengan pasar pagi yang menutupi jalan. Tempat wisata yang kami tertarik untuk pergi di Jodipan ialah Kampung Warna-Warni kerana rumah-rumah disitu dicat dengan pelbagai warna seperti di Busan. Terdapat banyak mural dilukis di dinding rumah dan barang yang tak diguna pakai di kitar semula untuk dijadikan hiasan di kampung ini. Tiket masuk ke kawasan ini hanya 2ribu rupiah sahaja. Sangat berbaloi!


Pemandangan dari atas jambatan


Kat Jodipan nih, kami sempat singgah beberapa supermarket untuk beli buah tangan. Banyak jugak kain pasang yang aku beli, sebab harga murah sangat tak padan dengan corak dan kualiti kain. 😁 Kami juga beli beberapa helai t-shirt Surabaya dan fridge magnet untuk dijadikan kenangan. Hampir pukul 1 petang, kami berangkat ke airport Surabaya dan mengambil masa hampir 3 jam dari Jodipan ni. Sampai je di area airport, kami berhenti di satu kedai untuk makan tengahari. Bagi aku, makanan kalini adalah makanan paling best yang aku makan kat Surabaya ni, sebab rasa dia lebih kurang dengan masakan Indon di Malaysia. Kalini kami order lain sikit dari biasa, iaitu cumi-cumi crispy (sotong celup tepung), pecel ayam dan pecel bebek (itik).

110 ribu rupiah
  Kemudian, Mas Rizal terus hantar kami ke airport. Terima kasih Mas Rizal kerana bawa kami jalan-jalan di Surabaya, bawa kami makan ke tempat halal dan bersih, sudi terangkan dan bercerita apabila kami tak faham dengan budaya kat sana. Semoga kita bertemu lagi yer mas.

Dan tak lupa, tujuan trip kalini adalah untuk meraikan birthday my bf, Khairil Ikram Azim. Saya harap awak happy dengan trip kalini dan hadiah yang tak seberapa ini. i 💓 you.

Nama silap eja 😒
Bye Surabaya!




You May Also Like

0 comments