Pengurangan bayaran balik pinjaman MARA secara online
by
zatty
- Tuesday, December 25, 2018
First of all, congratulation korang dah habis belajar 👏
So sekarang tiba masanya untuk bayar balik pinjaman yang korang pinjam dengan MARA haritu.
Untuk pengetahuan korang, MARA dah takde nak isi borang, hantar dokumen secara manual macam dulu. Sekarang semua dah canggih, semua boleh buat pengurangan secara online je tau!
Korang cuma perlu isi detail korang then upload transkrip & sijil diploma/degree korang yang ada pengesahan. Nak senang, mintak je kat Pengerusi/Penghulu Kampung korang je.
Senang kan?
Senang kan?
So follow je step kat bawah ni.
Panduan memohon pengurangan bayaran MARA
1. Login ke website e-conversion [ online06.mara.gov.my/econversion ]
2. Ini paparan utama eConversion yg baru tau. Then klik Log Masuk
3. Pastu korang isi la no. kad pengenalan korang & kata laluan.
(sama macam kat sistem e-baki korang)
4. Pastu korang isi la butiran peribadi korang
5. Next step, korang kena upload dokumen yang diperlukan iaitu skroll/sijil dan transkrip korang yang ada pengesahan tau. Cuma perlukan 2 dokumen ni je.
Then, klik selesai.
Tak payah susah-susah nak gi pos borang eConversion atau gi Pejabat MARA macam dulu dah. Cuma isi online je sekarang lepas tu tunggu pihak mara proses permohonan korang tu.
Tempoh proses adalah antara 4-6 bulan.
6. Eh ehh ada lagi satu tau, belum habis lagi. Sebelum korang nak mohon eConversion ni. Korang kena bayar RM300 dulu. Bayar la guna online banking atau kat pejabat pos.
7. Then upload la bayaran yg korang dah buat tu. Jangan lupa screenshot or simpan bukti pembayaran korang buat tu. Lepas 30 hari korang boleh tengok slip bayaran korang tu dah disemak ke belom. Korang pun boleh check kat ebaki jugak. Lepas tu apa lagi, klik tutup. Siap!
Selain daripada tu. Korang jugak boleh tengok status permohonan korang tau. Sama ada dah diterima ke, kena reject ke atau tak layak ke. Semua tu boleh tengok kat sistem eConversion ni jugak tau.
Cara semak status permohonan:
1. Kalau status korang logo merah macam ni, maknanya permohonan korang sedang disemak. Tempoh semakan dalam 30-60 hari dari tarikh permohonan korang.
2. Status menunjukkan '01' atau '02' - maksudnya korang tak upload dokumen selengkapnya. Korang boleh kemaskini balik dengan klik icon kemaskini kelayakan.
Kalau permohonan korang dah disemak dan diterima, automatik status korang ada logo biru macam kat bawah ni :
3. Lepas tu, tunggu pulak permohonan pengurangan korang diterima ke tak dalam tempoh 3-4 bulan. Then, korang boleh semak conversation untuk tahu status permohonan korang and total pengurangan yang korang perlu bayar kat Mara di eBaki.
4. So bolehlah korang print/simpan borang permohonan ni untuk rujukan korang dikemudian hari.
Okaylah itu sahaja yang zaty share kalini. Harap ni dapat membantu dan memudahkan korang. 😄