Day 1, Hello Korea

by - Wednesday, September 19, 2018

Assalamualaikum and annyeonghaseyo guys!

Finally full itinerary yang korang tunggu-tunggu dah up yeayhh! 😊 Sorry guys sebab take a long time nak update itinerary kali ni, busy dengan kerja sampai nak lepak kuar pun dah jarang sekarang hmm. Btw thank you sudi baca setiap itinerary yang aku update sebelum ini.

Trip kali ini aku pergi dengan Khairil and Elija. Kami plan untuk trip kali ni agak last minutes, kalau nak compare dengan trip-trip sebelum ni, before ni aku suka beli tiket setahun dari tarikh trip sebab nak harga murah. Tapi kalini, harga untuk tiket return ke Seoul not bad laa. Boleh baca details kat Tips sebelum menjejak kaki ke Korea. 

Actually dulu aku pernah plan nak ke Korea dengan member-member perempuan university aku time belajar dulu. Tapi kami kena TIPU 😔 Silap kami jugak sebab mudah sangat percaya kat agent tu tanpa usul periksa.  Masa 2016, memang banyak pakej nak ke luar negara kat sosial media, and kami kenal agent tu melalui instagram je. Dipendekkan cerita, lepas aku buat report polis and ugut si agent tu, akhirnya kami dapat balik duit deposit tu. Okay habis cerita kisah silam.

Back to the point, flight kami dari Malaysia hari Isnin pukul 2.30 pm, guess what? Aku and Khairil apply unpaid leave for a whole week, sebab kami still under probation so takleh apply annual leave lagi. Hmm nak travel punyer pasal 😅 Aku dah check in online tiket flight ke Seoul, tapi aku pelik kenapa tiket nak balik ke Malaysia tak boleh nak check in online sebab Airasia kan boleh check in 14 days before departure. So kami ke kaunter Airasia untuk tanya masalah tu, and diorang cakap sampai sana baru boleh check in. So takpe laa, nanti nak balik Malaysia lah baru kami check in.
Macam biasa, sebelum mulakan trip ke mana-mana je, bergambar kat airport tu adalah satu mukaddimah ye tuan-tuan.


Dari Malaysia ke Seoul, Korea ambik masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Ni first time aku naik flight lama camni, dua kali makan, banyak kali tidur sampai tepu tak tahu nak buat apa dah. Penantian akhirnya berakhir jua, kami selamat landing di Incheon Airport Terminal 1.
 Annyeonghaseyo oppa-oppa sekalian ghitu 😆  


Kalau korang nak tahu, Icheon Airport ni besar tau, nak ke terminal lain pun kena naik train. So korang takyah risau, keluar je dari tempat immigration tu, korang kena naik train untuk ambik luggage kat terminal satu lagi.  

Aloo kesian Elija duk sorang, mana boyfriend dia nih aishh

Based on Subway apps, last AREX train ke Seoul Station pada pukul 10.20 pm, so memang tak sempat sebab kami dah kuar airport tu pun around 11 pm dah. So kami naik bas N6001 ke Seoul Station then ambik taxi ke Itaewon. Bas ke Seoul Station tu ambik masa around 1 hour jugak dengan harga KRW 9000 per person dan taxi pulak KRW 7050 for one trip and takes 20 minutes nak sampai ke hostel kami tu. Sampai je hostel, kami bersihkan diri then get ready nak tidur sebab dah lewat and esok tu nak kena bangun awal. Nak tahu kami pergi mana for the next day?
Just click itinerary seterusnya, [ Day 2 in Seoul



You May Also Like

0 comments