Day 2 in Seoul [ N-Seoul Tower, Namdaemun Market & Myeongdong ]

by - Thursday, September 20, 2018

Annyeong hasimnika !

Hari kedua kami kat negara Kpop. Bangun agak lambat dari plan asal sebab semalam tu dah sampai hostel around 2 pagi. Actually memang penat duk dalam flight lama-lama walaupun tak buat pape. Kalau korang nak tahu macam mana kami gerak ke hostel dari airport pada lewat malam, korang boleh baca kat [Day 1, Hello Korea] Lepas selesai brunch kat hostel, kami siap-siap nak ke N-Seoul Tower. Kami jalan ke station bas yang terdekat, bertentangan dengan Hamilton Hotel Itaewon yang hanya 10 minit jalan kaki dari hostel.
View dari hostel kami


Based on this website, kami ambik bas No.03 untuk ke N-Seoul Tower dengan harga KRW 1200 sorang. Untuk pengetahuan korang, kat sana memang disediakan laluan untuk bas sahaja. Sebab tu traffic sana tak jem and efficient. Bas yang kami naik ni betul-betul berhenti kat atas bukit, so tak perlu naik cable car and just jalan sikit je then sampai ke Seoul Tower tu. Bagi aku, view kat atas tu biasa-biasa je time summer, maybe lawa time winter and autumn.

Banana milk, KRW 1300 per each 
 Next, kami gerak ke Namdaemun Market dengan naikki bas No.05, just tunggu bas kat bus stop yang turun tadi. Dalam 20 minit camtu dah sampai kat lorong utama Namdaemun Market. Namdaemun Market ni sebenarnya pasar tradisional terbesar kat Korea. Memang penuh dengan kedai yang jual macam-macam pakaian, barangan harian, peralatan dapur, produk-produk dan macam-macam lagi. Kat Namdaemun ni jugak banyak jual barang-barang perempuan macam pengepit rambut, kerongsang dan seangkatan dengannya. Kalau korang nak cari souvenir, better cari kat sini sebab harga sini memang murah kalau nak compare barang-barang yang jual kat Myeongdong.
Lorong utama Namdaemun Market
Dah penat pusing-pusing kat situ, kami decide nak pergi ke Myeongdong pulak. Sebelum tu, kami topup T-Money (macam kad touch & go) dulu sebab kalini kami nak ke Myeongdong tu dengan naikki train. Based on Subway apps, station subway yang paling dekat dengan Namdaemun Market ni adalah Hoehyeon, satu station je nak ke Myeongdong. Kalau korang nak tahu apps apa lagi yang sangat membantu korang time korang jalan-jalan kat Seoul ni, korang boleh baca my previous post
[ Tips sebelum menjejak kaki ke Korea ]

Sampai je Myeongdong, kami lupa diri. Hahaha. The best shopping place ever. Korang boleh bayang tak, biasanya butik-butik berjenama macam Levis, Guess, Tony Moly, Uniqlo kat Malaysia semua kat dalam mall kan, tapi kalau kat Myeongdong, semua tepi jalan camtu je guys. Myeongdong memang terkenal dengan kedai-kedai yang jual produk kecantikkan terkenal iaitu Nature Republic, Innisfree, Etude House and gerai-gerai makanan yang jual kat situ mostly halal dan sedap, tapi harga agak mahal jugaklah. Actually banyak je restaurant halal kat arae Myeongdong, tapi kami prefer nak try street food sana.
Kuar je dari train, korang akan nampak Uniqlo ni

KRW 11,000 for 20 pieces of face mask
Bagi aku, Myeongdong ni besar sampai boleh sesat. Kalau sekali pergi memang x cukup masa nak shopping and sana semua lorong hampir sama je. So, kalau korang berpecah dengan kawan-kawan, better korang decide kat mana nak jumpa and pukul berapa jumpa kat tempat yang korang janji tu. Kami spent time kat Myeongdong ni dari petang hingga malam tau, itu pun tak puas lagi shopping 😅 So, malam tu kami just beli makanan yang jual kat gerai-gerai situ. Kalau korang nak tengok betapa meriahnya suasana kat Myeongdong pada waktu malam, korang boleh klik link ni
[ Summer at South Korea ]

Next : Day 3 in Seoul


You May Also Like

0 comments